Advertising

Sunday, April 13, 2008

Bila Mereka Bersuara

Bila mereka bersuara.. Adakah terdetik walau sedikit dihati kita untuk terima kenyataan..

13 April 2008 / 6 Rabiul Akhir 1429, Ahad, Mingguan Malaysia (Utusan)
Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra,

Baginda bertitah, beberapa perkembangan yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu jelas memberi petunjuk bahawa kedaulatan dan ketuanan Melayu tercabar, mungkin terhakis atau lenyap suatu hari nanti.

13 April 2008 / 6 Rabiul Akhir 1429, Ahad, Mingguan Malaysia (Utusan)
Tan Sri Muhyiddin Yasin

Saya melihat ada dua isyarat. Pertama, dominasi politik Melayu menerusi UMNO yang dulunya agak sukar ditandingi dan dianggap sudah berlaku sekian lama sejak merdeka seolah-olah sudah menjadi mitos. Oleh itu, kita fikir tidak boleh kalah, tetapi hari ini ramai pemimpin UMNO yang berada di negeri-negeri yang ditawan pembangkang, tidak menyangka akan kehilangan kuasa.
Keduanya, mampukah menebus semula kekalahan dalam kita menentang arus gelombang pemikiran politik baru ini? Atau kita akan terus terjunam. Nauzubillah. Terjunam ke dalam gaung politik yang tidak boleh kita bangkit lagi.

13 April 2008 / 6 Rabiul Akhir 1429, Ahad, Mingguan Malaysia (Utusan)
Tan Sri Mohamed Rahmat

'UMNO harus mengaku kelemahan dan jangan lagi bersikap sombong kerana itu nyata membawa padah'

13 April 2008 / 6 Rabiul Akhir 1429, Ahad, Mingguan Malaysia (Utusan)
Dr Mohd Asri

'Pascapolitik kini adalah ujian untuk kepimpinan negara. Bukan masa untuk menunjukkan ego'



1 comment:

zamspotte said...

Namun, adakah orang-orang yang berkuasa mahu membuat perubahan? Adakah orang-orang berkuasa menerima dengan hati terbuka dan membuat pembetulan?

Tidak... selagi takhta, mahkota, harta dan wanita yang didambakan... tidak sekali-kali akan berubah lalu terjunlah ke dalam gaung...