Advertising

Sunday, March 2, 2008

Sedarlah Semua Anak Bangsaku!

'Its very good to have ulama & leader with islamic way and very good to have leader with the briliant thought and idea, but its very perfect if we can have leader with both of that..'
- skullsplitter

Kita hidup dalam aman,
Berbangga dengan bangsa kita,
Tanpa mengenal warna kulit dan bahasa,
Kita terus melangkah gagah kepentas dunia.
Bangsa yang dahulunya dipandang rendah,
Dimartabatkan semula,
Kini gah berdiri seiring mereka,
Tanpa sesiapa menjeling sinis memandang kita,

Tetapi,
Apa yang kita ada dan bangga,
Semakin lama kian pudar,
Dek kerana ketidaksefahaman sesama kita,
Dek kerana kelekaan kita menikmatinya,
Kini kita berlawan sesama kita,
Melaung sana, melaung sini,
Menegakkan ideologi tersendiri,
Semakin lama semakin hilang ketuanan kita,
Disana sini tersenyum melihat gelagat kita, bangsa kita.

Sedarlah saudara saudariku semua,
Mari kita kembalikan maruah dah kehebatan bangsa kita!
Lupakan segala sengketa,
Jadikan ia satu kenangan untuk kita,
Bersama-sama kita membangun untuk anak bangsa kita!
Kita tamatkan apa yang kita mulakan,
Perjuangan yang belum selesai..

Untuk Semua Anak Bangsaku!
- skullsplitter

No comments: