Advertising

Saturday, March 8, 2008

Mengundi 8 March 08

Hari ini hari penentuan untuk kali yang ke 12 bagi kapimpinan negara kita. Aku pulang ke desa halaman untuk mengundi dan terpaksa pulang tergesa-gesa ke KL kerana masih ada kerana masih ada kerja perlu diselesaikan. Tetapi masih terngiang-ngiang dikepala aku teringatkan kisah kekecohan semasa mendaftar untuk undian tadi.

2 orang wanita 20-an, muda,bertudung,manis,ayu... Indah mata memandang. Segelinap susuk tubuh yang lalu depan aku ni memang sempurna.. Tak lepas mata aku dari memandang.. Tiba-tiba rakan disebelah aku yang merupakan seorang petugas dipusat mengundi kawasan aku bertanya..

'Ko pernah nampak budak 2 orang tu?'

'Tak pun.. Cun jugak ek..'

'Ko ni.. Bukan cun punya hal la.. Aku tengah tengok sapa-sapa kat sini yang cuba jadi pengundi hantu'

'Ek ele.. Keje ko ke tu?' aku confuse..

'Tak la.. saje nak tgk..'

'Ala.. Buat je keje ko tu.. eh..aku nak kene chow ni..'

Bising-bising dihadapan aku membantutkan perbualan aku.. Aku cuba dekati kekecohan yang dtg berhampiran tempat aku berbual.. Dalam ramai-ramai org disitu aku pandangan aku tertumpu pada seorang lelaki 30-an dengan 2 orang gadis tadi.. Aku cuba menghampiri lebih dekat kerana aku mengenali lelaki itu.. La.. Pak Cik aku rupanya.. Aku bertanya..

'Apsal Pak Ndak?'

'Ni ha.. Bukan orang sini.. Nak jadi pengundi hantu la tu..'

Dalam hati aku.. Boleh ke.. Nama takda dlm list boleh masuk ke?

'Oo.. Dah la.. pergi la balik.. Takyah buat hal kat sini..' kata aku pada 2 orang gadis tadi.

'Ah.. Korang parti xxxxx memang sial, korang lagi la bodoh mengundi parti yang tak boleh jaga korang, orang macam korang ni patut bunuh buang ke laut je..' lantang gadis itu menjerit..

Pak Cik aku dah angin satu badan..

'Kurang ajar ko ni.. Aku lempang karang..' Aku cuba tenangkan pakcik aku.

'Sabar Pak Ndak'

'Lempang la kalau berani.. Orang-orang korang mmg pengecut..' gadis tu bersuara lagi.

'Eh.. Dah la.. Korang pergi balik.. Ko nak aku panggil polis sekarang?'

'Jom la.. Pergi mampus korang dengan parti korang' sempat lagi gadis itu bersuara

Aku gelengkan kepala.. 'Kan betul aku cakap td..' rakan aku menyampuk..

Budak-budak tu pun berlalu. Tapi apa yang membuatkan aku terkilan dan tak sangka ialah gadis muda yang manis bertudung, mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya dengan penampilannya.. sedih sebenarnya.. bangsa aku sebegitu rupanya budi bahasanya.. Tapi aku tak tahu yg terjadi sebelum itu.. so.. aku tak mahu judge apa-apa.. Cuma aku tersenyum memikirkan gelagat masyarakat kita bila pilihanraya.. melaung, menjerit, memaki hamun, bakar bendera parti lain seperti hilang semua nilai-nilai murni yang ada dalam masyrakat kita sebelum ini..

'Malu la sikit, kita ni orang Malaysia, dikenali dengan adab sopan & nilai-nilai murni yg tinggi..'
-Tun Dr Mahathir Mohamad dalam temubual bersamanya tentang masalah sosial negara beberapa tahun dahulu di Putrajaya.

6 comments:

Anonymous said...

gadis-gadis bertudung tu dari parti mane?
RGkids

Skullsplitter said...

Haha.. Parti dirahsiakan.. buleh hamba kenali tuan hamba? Sekadar untuk berkawan.. jika tuan hamba sudi.. Terima kasih kerana sudi membaca..

boog said...

oohhh... Tuan hamba pemalu la orangnya ya?

hihihik

Skullsplitter said...

Lebih kuraang begitu la hendaknya.. hehe.

zamspotte said...

Masih tidak terlambat rasanya untuk mengkomen post ini...

"Demi masa. Sesungguhnya manusia kerugian. Melainkan yang beriman kepada Allah dan beramal soleh. Dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran (hak). Dan berpesan-pesan dengan kesabaran (Sabr)."

Imej bertudung tetapi berperangai teruk merosakkan imej melayu islam yang memang dah termaktub dalam perlembagaan tubuh kerajaan Malaysia. Kerana kepentingan ideologi, sanggup mengenepikan nilai-nilai murni seorang melayu islam...

Anonymous said...

malu adalah satu perkara yang baik & tak baik. jadi lebih baik jika aku membaca sahaja, tidak perlu berkawan.kawan boleh menjadi lawan kalau disalahtafsirkan...
RGkids