Advertising

Wednesday, August 13, 2008

Terima Kasih

Aku bersyukur, masih ada peluang untuk aku menghela nafas,
Untuk aku pelajari, untuk aku diuji, untuk aku hadapi,

Saat terlalai, terlupa dan terleka seketika, DIA masih sayang,
Masih ada sedikit ihsan, masih ada bersama aku,

Untuk mengingati dan terus mempelajari,
Detik 'nikmat' yang sentiasa diberi,

Sedikit pun tidak pernah lari dari sisi,

Kerana sentiasa memerhati,
Setiap langkah gerak geri,
Setiap detik melupai,
Aku pelajari kesabaran diri.

Terima kasih atas peluang ini,

Aku bersyukur atas peringatan ini.

InsyaAllah.


Salam,
skullsplitter

*Maaf yang hanya mampu terbit dari isihati ini.

4 comments:

Unknown said...

salam sahabat,

selamat berperang di alam maya.

Skullsplitter said...

Waalaikummusalam. Insyaallah Azri, sama-samalah kita.

Alhamdulilah ketemu saudara, sudi-sudilah menjenguk blog yang tidak seberapa ini.

skullsplitter

Anonymous said...

Salam...

Alhamdulillah atas peringatan ini... :)

Setiap apa yang kita lakukan... pasti ada saat yang tiba² kita ingat padaNYA... yang SATU... kadang² rindu sangat...

iaitu... bila kita diuji, jantung rasa nak pecah, seperti nak menangis pun ada, meraung pun ada... kala itu... kita akan ingatkanNYA... rindu bangatttt...

Alhamdulillah... bila kita lupa, kita diberi peringatan ini, untuk kesabaran, untuk nikmat... untuk hidup...

Minta jgn dilupakan DIA lagi... insyaALLAH!!... :)

Skullsplitter said...

Nurin : Ini yang dikatakan hidup manusia penuh pura-pura. Bilakita terleka, kita terus terleka, bila kita sengsara, waktu ini adanya DIA dlm diri kita. Mengapa? Kerana tidak sedetik pun hati kita menyebut namaNya ketika gembira. Hanya ketika duka.

Semoga diberikan petunjuk agar kita tidak mudah lupa padanya, dan semoga diberikan kita hidayah untuk mengenalinya dan semoga diampuni segala dosa yang telah kita lakukan. Amin. InsyaAllah.

skullsplitter