Indahnya kejadian ciptaan Ilahi ini,
Kita dijadikan indah rupa pandangan,
Dijadikan berpasang-pasangan,
Seperti teman dan sahabat,
Dua perkataan sinonim yang mengambarkan erti yang sama,
Tapi disebaliknya mungkin mempunyai impak yang berbeza,
Jangan disalah anggap..
Perkatan VS itu seperti kata Raihan Sulaiman Palestin dlm penulisannya,
Bukanlah semestinya lawan @ berbalah,
Ianya perbincangan fitrah, kebiasaan & kejadian semulajadi manusia..
Teman mungkin ramai,
Teman mungkin menghiburkan,
Teman mungkin berjanji sehidup semati,
Teman mungkin sedia membantu,
Teman mungkin setia menunggu,
Tapi, bilamana kesusahan melanda,
Sahabat jadinya sedikit,
Sahabat sahaja datang dengan senyuman,
Sahabat sahaja yang mengotakan janji,
Sahabat sahaja yang tampil hulurkan tangan,
Sahabat sahaja tak bisa menjauh,
Apakah definisi teman dan sahabat ini layak disamakan?
Mungkin hanya untuk seketika, layak ia disamakan,
Tapi untuk disuatu ketika nanti,
Ianya langsung tidak layak digelar erti yang sama..
Dan biarpun tiada sahabat diluar sana untuk kita,
Percayalah.. Sentiasa ada yang masih sentiasa bersama kita,
Yang Maha Besar, Yang Maha Esa, Yang Maha Berkuasa.
-skullsplitter
No comments:
Post a Comment