Advertising

Monday, April 21, 2008

Melangkah dan terus melangkah

Selama beberapa hari aku tergolong didalam kalangan orang kurang upaya,
Disebabkan sukan yang aku minat... FUTSAL,
Hari ini aku agak berbangga dengan pencapaian kesihatan aku,
Aku berjaya juga bawa kereta dengan kaki yang masih berbalut,
Huhu! Aku Happy!

Selama beberapa hari ni, helaian demi helaian buku,
Berberapa keping DVD, beberapa stage dlm game Rainbow Six Lockdown,
Beberapa menu masakan dan beberapa post dlm blog berjaya aku tamatkan..
Berbaloi juga bila kita ada masa untuk semua tu,
Cuti-cuti Malaysia kejap aku,

Risau juga aku dengan kerja yang melambak aku tinggalkan kat office,
So, aku ambil keputusan walau terhencut-hencut aku akan ke office arini,
Aku ingatkan semua yang berkait dlm kerja aku happy tgk aku kembali,
Masuknya aku kebilik meeting untuk meeting setiap Isnin,
Terkeluarlah ayat-ayat ni:

'Eh.. Ko tu dah cacat duduk la diam-diam kat rumah.. Gatal pulak nak dtg keje'

'Yang kau ni tak boleh jln lagi apsal dtg ni?'

'Kaki ko dah baik ke? Lagi nak byk jalan, Kang tak boleh jln terus baru tau'

Salah ke aku nak menunjukkan rasa bertanggungjawab.. Iskisk..
Mungkin tk kene tempat,
So terpinga-pinga aku terduduk & terdiam dalam meeting tu,
Abis meeting terus chow.. Iskisk.. Sebelum terhambur lagi kata-kata dr yg lain,
Haha.. Balik main PS la bagus!

Salam~

skullsplitter

No comments: