Advertising

Thursday, April 24, 2008

Khairykah yang dimaksudkan?

Petikan dari Utusan Malaysia, 24 April 2008 / 17 Rabiul Akhir 1429

Jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang akan datang sebaiknya diisi oleh mereka yang telah dibentuk dan dibimbing untuk mengisi jawatan itu dan bukannya melalui pertandingan kerana ia dipengaruhi emosi atau desakan.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Idris Haron berkata, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang telah mengetuai sayap kanan parti itu sejak sekian lama telah melatih dan membimbing orang-orang tertentu untuk menggantikan beliau.
Justeru, katanya, orang tersebut yang perlu dipilih bagi menggantikan Hishammuddin yang akan bertanding jawatan Naib Presiden parti pada pemilihan UMNO Disember ini.
''Kalau tanya saya siapa yang layak menggantikan Hishammuddin, orang itu adalah mereka yang telah dibentuk untuk menjadi ketua. Mereka sudah memahami keperluan dan kehendak sebagai ketua untuk menerajui Pemuda," ujarnya.
Ketika ditanya sama ada orang yang dimaksudkan untuk menggantikan Hishammuddin itu ialah Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, Idris berkata: "Itu awak yang cakap, bukan saya cakap..."


Erm, pelbagai spekulasi telah dibuat dan sebenarnya aku merasakan apa yang dirasakan segelintir rakyat Malaysia adalah sama, kalau diberi peluang bersuara mungkin ayat ini akan terpacul dari mulut rakyat..

"Tak payahlah susah-susah nak rahsiakan.. Kalau dah memang KJ yang hendak dipilih.. Janganlah buat orang lagi marah.. Dah memang itu politik negara kita sekarang, 'KRONI'.. Bapak berkuasa, anak cucu mesti ada habuannya"

Bagi aku sekiranya Pak Lah inginkan kepercayaan rakyat semula.. Tanganilah masalah ini dengan cara yang lebih professional, jangan lagi ditegur, lagi dibuatnya.. Entahlah!

Salam!

skullsplitter

No comments: