Advertising

Wednesday, April 30, 2008

Keris, Keris dan Keris..

Penat mendengar diradio,dari mulut ke mulut..
Penat membaca dari newspaper,blog & internet..
Penat melihat dikaca TV,
Isu keris yang masih dibesar-besarkan, dicanang-canang,
Salahkah seorang pemimpin Melayu berbuat begitu?
Mungkin dari segi perkauman, ianya agak sensitif,
Tetapi setiap bangsa di Malaysia mahukan kesejahteraan bangsa mereka,
Tipu jika ada yang kata tidak sikit pun terbit rasa sayang dihati pada bangsa sendiri,
Sememangnya negara majmuk terdapat sensiviti sebegini,
Tetapi rasa sayang pada sesuatu kadang-kadang melangkaui batas sedia ada itu.

Isu Datuk Seri Hishamuddin Hussien mencium dan menghunus keris ini hebat diperdebat,
Dikatakan juga punca besar kekalahan BN pad PRU12,
Bagi saya ianya hanya dilihat sebagai satu alasan yang tidak boleh dterima pakai,
Satu alasan yang hanya mementingkan diri,
Satu alasan untuk lari dari kenyataan,
Satu alasan yang digunakan bagi meraih perhatian,
Satu alasan bagi memperkecilkan dan mengaibkan orang lain.

Apa yang sedih ialah bila ahli parti sendiri menyalahkan tindakan itu,
Dan lebih sedih bila orang itu berbangsa Melayu! Lihat artikel dibawah:

Berita Harian
'Permintaan seorang pemimpin Umno Muar supaya Ketua Pemuda, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meletak jawatan kerana isu keris Panca Warisan'

Apa ini? Baru dijentik dah melatah?
Belum lagi ditembak,
Permintaan ini berbaur ego dan emosi!
Mengapa isu ini yang jadi satu point untuk pemimpin UMNO Muar ini?
Tuan YB dari Muar, sedikit pandangan dari saya,
Kekalahan BN bukan ini puncanya, tapi sifat ego dan tiada keikhlasan dlm memimpin itu mungkin perlu diberi perhatian,
Muar juga kalah ditangan pembangkang,
Hentikan tuduh menuduh antara kita,
Ianya langsung tak memberi apa-apa makna,
Perbetulkan halatuju parti kita dan perbetulkan parti anda disana,
Itupun sekiranya masih ada rasa sayang pada parti dan bangsa.
'kurangkan bersuara, lebihkan tindakan'
Itu semolek-moleknya...

Salam!

skullsplitter

No comments: