Sedang aku surf internet ni.. teringat aku pada satu lagu.. terfikir aku untuk berkongsi dengan kalian semua.. untuk renungan kita bersama..
'Sayangi ia sebaiknya sebelum kita kehilangannya'
Dipondok kecil
Dipantai ombak
Berbuih putih
Beralun-alun
Di suatu hari
Ayah berkata
Jaga adikmu
Ayahkan pergi jauh
Kupandang wajah ayah
Dahinya kucium
Air mata mengalir hatiku pilu
Diam-diamlah sayang jangan menangis
Do`akan Ayah semoga sejahtera
Diam adikku sayang jangan menangis
Walaupun ayah gugur pastinya dia syahid
Wahai abangku kemana Ayah
Kusayang Ayah kucinta Ayah
Wahai abangku kemana Ayah
Kusayang Ayah kucinta Ayah
Duhai adikku sayang jangan bersedih
Ayah-mu pergi menyambut seruan Illahi
Tapi ingatlah adikku pesanan Ayah
Belajar berusaha walau dimana jua
Pada-Mu Tuhan aku bermohon
Dosa ayah-ku minta diampunkan
Kuiringi doa rahmati dia
Tempatkanlah ayahku bersama kekasihmu
Sabda Rasulullah SAW :
"Barangsiapa semasa paginya mendapat keredhaan ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya jika semasa pagi lagi telah menyakiti hati ibubapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka."
- skullsplitter berkongsi untuk tatapan dan renungan bersama.. hargailah mereka..
No comments:
Post a Comment