Advertising

Sunday, April 13, 2008

Hari Ini Hari Ahad

Aku hanya benar-benar melihat dunia dan kehidupan setiap hari Ahad... Inilah timenya aku dapat habiskan masa membaca newspaper, aku melihat perkembangan dunia di televisyen, aku membaca artikel-artikel yang sahih dan mungkin tidak di internet dan blog, aku keluar dilaman rumah menghirup udara segar yg selalunya hanya sekadar menjengah dan merasakan nikmatnya sebentar saja dan hari ahad ini juga hari aku habiskan masa bercerita disini..

'Bang.. Tak kerja hari ni?' Indonesian sblh rumah aku bersuara..

'Eh.. Terkejut aku.. Taklah.. Arinikan ari Ahad'

'Tu la.. Selalu susah nak nampak abg kat rumah ni'

'Ada je kat rumah ni hari ahad.. Cuma selalunya kat dlm rumah..Dah lama ke kerja dgn tauke ni?'

'2 tahun dah bang..'

'Fasih jugak ek cakap melayu..'

'Dah 5 thn kat sini bang.. Sblm ni kerja tempat lain..'

'Seronok kerja sini?'

'Ok! Org sini peramah.. Saya suka..'


'Tak rindu keluarga?'

'Nak buat cemana bang.. Cari duit.. Kat Indonesia susah nak cari kerja.. Gaji pun sikit.. Abg memang beruntung.. Malaysia kaya.. Abg pun mesti gaji besar.. Kalau disana, nak makan pun susah, sini nak makan apa-apa pun boleh..Saya orang susah bang..Itu sebab dtg Malaysia, boleh cari banyak duit'

Bila berfikir semula, kita sangat beruntung di dunia ini.. Di bumi bertuah ini.. Dilahirkan Islam, Hidup ditanah sendiri, tapi apa lagi yang kita mahu.. itulah manusia, tidak mensyukuri nikmat yang Allah berikan..Tidak hargai tanah yang menjadi milik kita ini.. Kita biarkan sahaja ianya dijajah.. Mungkin suatu hari nanti kita akan jadi seperti dia.. Menumpang dinegara orang, tapi mungkin lebih teruk, menumpang dinegara sendiri.. Renungkanlah.. - skullsplitter

'

5 comments:

Anonymous said...

Indon tu cun tak?

Skullsplitter said...

Tak.. Haha.. Tapi agak peramah.. Kalau aku nk pegi keje tu.. Die ade depan rumah mesti die tegur nyer..

Anonymous said...

aku dapat rasakan mamat ni ada tarikan die yang tersendiri. hmm...
RGKids

Skullsplitter said...

Org berbudi kita berbahasa.. Hehe.. Orang memberi kita merasa..

Honeydy Love said...

oeh.. indon tuh.. yang pakai suar sama tu ya.. huhu.. :)