Otak berpusing. Spinning gasing kata mereka. Tak pernah aku hirau.
Benarkah apa yang aku jalani, aku hadapi, aku lalui, aku perlakui.
Rasa berbelah bagi. Satu ke kiri. Satu ke kanan. Selebihnya aku buang jauh.
Inikah yang dikatakan pilihan? Mungkin. Tapi sampai bila?
Aku harapkan yang lain, yang lain pula tiba.
Bukan cuba menjadi ego untuk memilih.
Tapi aku punyai prinsip. Haruskah aku langgari demi untuk mereka?
Aku tahu tentang kerisauan. Tapi sampai bila pergantungan ini?
Aku cuba lakukan demi diri. Bukan mereka. Aku malu pada yang lain.
Hakikat hidup aku begini. Pada zahir ditutupi.
Pada batinnya ditelanjangi. Aku tak pinta semua ini.
Aku tidak kesal. Aku perlukan sokongan, bukan kongkongan.
Bila aku mampu diberi peluang untuk nikmati perjalanan dan pencarian?
Bukan menyisih sekadar rindu pada kisah lama. Hidup lama.
Mungkin salah aku berterus terang. Jika disimpan, sampai bila?
Maafkan aku. Aku harus terus begini. Mungkin ini keperluanku.
Maaf semua. Aku setitis benih dari kamu.
Aku sayang kamu semua. Ini saja mampu aku. Maafkan aku.
Salam
skullsplitter
* Aku sayang kamu semua. Untuk kali ini akan aku pulang dengan gembira bukan lagi kesusahan & kepayahan. Itu janji aku. Selagi tenggelamnya pukat tanpa hasil, tak belayarlah kapal aku ketepian. Maafkan aku.
14 comments:
wahhhh..apa maksud disebalik blog ini...sungguh puisi
uishhh...mcm berat jek kes post n3 neh skull :D
Diorang concern. Memang la macam tu. Bila dihadap dengan sesuatu yang boleh dikatakan perkara yang mereka taknak dengar sepanjang hidup mereka, itu sebab dr sokongan yang diharapkan, terus dapat kongkongan.
Bersabar. Fahami mereka. InsyaAllah kamu. :)
p/s: semoga segala berjalan lancar dengan kamu.
keep writing & drawing as well =)
Nik : Besar maksudnye tuh. Hayati penulisan. InsyaAllah.
skullsplitter
Zie : Agak berat la zie. Biase la tu, kehidupan. Kene buat pilihan. Will come once in our life.
skullsplitter
Cahaya : Ya, mmg concern. I know it but I just can't accept it. I nak life dulu. Mase tade ape2. I lagi happy. But ini ketentuankan? Redha.
skullspliter
Gin : Writing and drawing. Yup. It's part of my life now. Writing mcm perjalanan hidup. Drawing lakaran hidup & dihiasi warna2 yang menyerikan.
skullsplitter
yep! ketentuan. Pahit tapi kena hadap jugak. Redha, yep! itu yang kita perlu rasa.
p/s: harap mereka pun sama. redha.
....
untuk kembali rasa yang dulu memang tak mustahil. tapi hati lain2 kan? tak sama. diri sendiri memang bleh lagak macam dulu. orang yang mendengar itu? belum tentu. dan dah nampak jelas pun skang ni. beri masa. kan? kamu kata begitu. pasti boleh!
Yup. Beri masa. Itu seharusnya. Penerimaan tu sukar. Di tambah pula dgn masalah lain. Tapi kesukaran tuh nikmatkan?
skullsplitter
Sampai bila?
Sampai anda, dia, dan mereka benar-benar bersedia.
Bila?
Terpulang pada penerimaan akal masing-masing.
Rindu pada kisah lama? Hidup lama?
Hmm..itulah yg dinamakan memori.. kenangan..supaya menjadi pengajaran, motivasi dan panduan agar hidup yg baru lebih dimanfaati.
Saya tau anda tahu yg mereka dan dia pun sayang anda sebagaimana anda sayang mereka dan dia.
Setiap yg berlaku ada hikmah. You know it. :)
Zara : Yup zara. Agree with you. Ape2 yg jadi pun ade hikmahnye. I tk salahkan keadaan. Lul Mahfuz dah tertulis sebegini rupa. Cuma akal manusia kadang2 tidak digunakan sebaik mungkin untuk perkara yang lebih baik.
Bukan harta atau benda atau simpati yang diminta. Hanya sedikit memahami setiap yg berlaku. Itu saja. Mungkin penerimaan berbeza dari diri masing2, tapi tidakkah akal kita sama? Kenapa masih belum terima hakikat dan cuba memahami. Itu sahaja.
skullsplitter
Sukar sememangnya nikmat. Sukar itu buat kita belajar macam mana nak atasi yang sukar itu. Bila dah kembali normal, baru rasa jerih perih waktu sukar dulu. Kalau asyik senang, komfem tak belajar.
Doa saya mengiringi kamu dan mereka. Saya perlu doa kamu juga.
Post a Comment