Advertising

Tuesday, August 12, 2008

10% Kuota Bukan Bumiputera di UITM


'Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing' - August, 10 2008

Sejarah Permulaan UITM

Ogos 1950 - Rural Industrial Development (RIDA)
1956 - Dewan Latehan RIDA
14 Oktober 1967 - Maktab MARA
1968 - Institut Teknologi MARA
1999 - Satu perjumpaan secara besar-besaran telah diatur yang melibatkan semua pentadbir, pelajar-pelajar dan bekas pelajar telah diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 26 Ogos 1999. Pada ketika itu, YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan bahawa ITM akan dipanggil Universiti Teknologi MARA (UiTM). Berikutan dengan pengumuman ini, beberapa bulan kemudian Akta ITM (paindaan 2000) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat iaitu pada 25 Februari 2000 dan diikuti pula oleh Dewan Negara pada 8 Mei 2000. Nama UiTM ini berkuatkuasa pada tarikh pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri. Menurut pindaan akta baru ini, terdapat seksyen yang menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong Malaysia secara automatik dilantik menjadi Canselor Universiti Teknologi MARA dan juga Pro-Canselor turut diletakkan di bawah baginda.

Setelah hampir setengah abad berlalu, institusi ini berjaya melalui pelbagai cabaran serta beberapa perubahan dan pertukaran nama namun matlamat penubuhannya masih kekal ke hari ini iaitu untuk mempertingkatkan dan menentujamin keutuhan status sosio-ekonomi bumiputera.
.........................................................

Penubuhan Universiti Teknologi Mara ini bertujuan untuk mempertingkat
dan menentujamin keutuhan status sosio-ekonomi bumiputera, saya ulang semula BUMIPUTERA. Bukan bersifat perkauman disini, akan tetapi satu-satunya harta bangsa Melayu ini pula ingin ditarik? Mengapa? Paling terkilan dimana syor yang dikemukakan ini dipersetujui oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang merupakan orang MELAYU! Mengapa ini terjadi kepada makhluk Allah yang diberi kesempurnaan akal ini? Menghancurkan bangsa sendiri? Harta yang secebis ni pun mahu ditakluki? Begitu mudah orang-orang politik ini berfikir. Tidak terfikir jaminan untuk anak bangsa sendiri, mengapa? Yalah, anak mereka mampu dihantar ke luar negara, jadi mengapa harus dihiraukan UITM ini. Mungkin begitu, tapi bagi mereka diluar bandar, UITM sebuah platform bagi bangsa melayu yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pengajian mereka diperingkat yang diiktiraf. Ini pun ingin ditarik dari kita? Fikirkanlah sedalam-dalamnya bagi menjamin kesejahteraan bangsa kita dibumi yang dipijak ini yang seharusnya milik Yang ESA dan bertapaknya kita dahulu disini kini sudah menjadi milik orang.


Salam
skullsplitter

1 comment:

Anonymous said...

salam...

ok...MB cadang je koot...kuasa tetap kat tangan kerajaan pusat..napelah sampai nak berdemo tak tentu hala...name mahasiswa/i universiti..tapi tindakan korang ade melambangkan title yg korang pegang ke?malu la sket wei..kat bangsa2 asing kat lua sane tu...

ingat sket korang nanti kua nak cari keje..cari kat syarikat melayu sahaja ke?korang takkan ble elak nak mintak keje kat syarikat yg owner nye bangsa asing...?guess,how r u gonna to deal with it?

em...ape la function MPP kan?suppose u guys yg patut kawal keadaan n bimbing student2 tu ke arah tindakan yg betul...tapi korang sekali harung..adoi..

isu2 kuota ni lame dah kan..years back..mrsm,sbp,matrix,jpa...tade kecoh pon...

pastu...nape..berbincang dengan sungguhnya "melayu..melayu"
nape takde yg nak berdemo pasal arak ke...maksiat's stuff ke..islam pegangan hidup kita...