KOTA BHARU 13 Jun – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegaskan, beliau dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak telah sepakat menentukan masa yang terbaik bagi peralihan kuasa.
"Saya dan Najib telah muafakat dan kita berdua telah sama-sama setuju bilakah masanya saya nak bersara dan bilakah masanya Najib akan ambil alih dan menjadi Perdana Menteri" Utusan Malaysia 14 Jun 2008 / 9 Jamadil Akhir 1429
Adakah Pak lah semakin tertekan dengan desakan pelbagai pihak? Ini suatu petanda tidak baik kepada Parti Pembangkang kerana mereka masih mahu Pak Lah berada di puncak tertinggi kepimpinan negara kerana mereka tahu mereka akan hilang satu-satunya kelemahan didalam pentadbiran negara dan UMNO. Itu kata mereka yang tidak menyukai Pak Lah yang dianggap lemah. Saya hidup dizaman kegemilangan Tun, hanya seketika dizaman Pak Lah, setiap pemimpin ada baiknya dan kelemahannya. Pak Lah dilihat sebagai punca segala-galanya bila berakhirnya PRU12 yang lepas. Disini bermula pergolakan yang bermula dengan BN, kemudian menular kedalam UMNO, sehingga menyebabkan rakyat semakin tidak yakin dengan kepimpinan ini. Disini pembangkang tanpa menoleh lagi terus mengorak langkah yang difikirkan masa terbaik untuk menjatuhkan kerajaan. Dari dulu kita orang melayu dijajah dari segi minda & pemikiran orang barat. Kini tidak lagi, telah berubah kepada jajahan minda & pemikiran oleh bangsa sendiri. Bertelagah sesama sendiri. Masing-masing timbul dengan idelogi tersendiri, kononnya demi mempertahankan hak rakyat dan menjamin kesejahteraan rakyat. Apa selama Tun, selama Pak Lah memerintah kita diserang barat? Kita merempat? Kita dibunuh beramai-ramai? Ermm.. Fikirkan.
Salam
skullsplitter
No comments:
Post a Comment