‘‘Saya rasa ini bahaya. Apabila hilang kepercayaan, mereka tidak akan lagi percaya kepada sistem, Parlimen, kerajaan, menteri-menteri malah institusi pembangkang itu sendiri.
‘‘Akhirnya mereka beralih kepada urusan kehidupan masing-masing kerana merasakan bahawa ahli politik bukanlah tempat untuk mereka mengadu dan menaruh harapan,” katanya.
Utusan Malaysia, Mei 2, 08
Bagi pandangan saya tidak perlu dihentikan siaran langsung ini, tak perlu dikaji semula, ini merupakan satu platform yang baik untuk masyarakat lebih dekat dengan kepimpinan yang ada dinegara kita. Tak perlu takut untuk ditonton sekiranya anda benar-benar ingin telus dan jujur untuk menjadi wakil kepada rakyat. Rakyat ingin mengenali siapa sebenarnya yang mereka pilih. Jadi didalam persidangan yang ditonton segenap lapisan masyarakat dinegara kita ini, sekurang-kurangnya 'true color' setiap pemimpin dapat dilihat secara LIVE. Rakyat tidak akan hilang kepercayaan pada Parlimen, tapi rakyat mungkin boleh hilang kepercayaan pada pemimpin yang tidak digemari mereka selepas melihat sikap dan perangai buruk dari pemimpin itu sendiri. Jadi mengapa perlu risau jika anda tidak begitu? 'Siapa yang makan cili, dialah terasa pedasnya'Salam
skullsplitter
No comments:
Post a Comment