Advertising

Friday, May 2, 2008

Sketsa Persidangan Dewan Rakyat Ke 12 - II

Menyaksikan secara LIVE pagi tadi Persidangan Parlimen di RTM cukup membuatkan saya rasa loya dan muak dengan tingkah laku pemimpin yang ada dinegara kita. Cukup membosankan ditambah pula dengan masalah teknikal semasa siaran langsung. Boleh dikatakan seperti Pasar Borong!

Dimana letaknya keagungan Dewan Rakyat, bila ianya dicabuli oleh bibir-bibir durjana yang menghujankan Dewan Rakyat itu dengan jeritan & caci maki. Dimana juga hilangnya maruah dan kehormatan sebagai seorang pemimpin yang terpilih bagi mewakili rakyat bilamana bergaduh seperti anjing dan kucing didalam Persidangan yang sepatutnya menjadi platform untuk mengetengahkan isu-isu & ajuan soalan bagi mendapat kata putus dari semua.

Boleh saya katakan disini semuanya yang terlibat GILA GLAMOR! Tahu ianya bersiaran langsung pantas semua ingin bersuara dan menunjukkan kehebatan. Walhal perkara yang diutarakan amat remeh! Ada juga yang memberi cadangan ISA dihapuskan, tapi tiada pula cadangan lebih baik diberikan. Seperti hanya bersuara bila tiba-tiba sahaja ada soalan terlintas dikepala tanpa memikirkannya terlebih dahulu. Daripada tujuh soalan yang sepatutnya dijawab hari ini, hanya 3 sahaja dapat dijawab berikut kejadian pertengkaran BODOH! yang berlaku. Dibawah adalah beberapa perkara yang membantutkan persidangan di Dewan Rakyat.

1. Anggota veteran pembangkang, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) berkali-kali membangkitkan soal tidak mengangkat tangan kanan semasa upacara angkat sumpah Isnin lalu, membangkitkan isu Ahli Parlimen tidak mematuhi prosedur mengangkat sumpah dan mengenai penentuan tempat duduk anggota Dewan Rakyat.

2. Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) meminta penjelasan sejauh mana peranan dan pengaruh Yang Dipertua dalam menyusun pertanyaan lisan kerana seolah-olah tidak mengiktiraf Ketua Pembangkang dan mempersoalkan perbezaan jumlah soalan wakil BN dengan pembangkang yang dianggap tidak seimbang.

3. Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) menyampuk sambil mengatakannya kenyataan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) itu isu remeh sehingga mencetuskan pertikaman lidah hampir setengah jam dengan disertai Ahli Parlimen kedua-dua pihak.

4. Pertikaman lidah lebih menjadi-jadi bila Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) berkata "Saya harap Bigfoot dari Kinabatangan tidak akan mengganggu saya. Itu bigfoot. Bigfoot sit down (duduk)," katanya. Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) membalas "Berdirilah kalau berani. If I'm bigfoot you are big monkey

5. Pertikaian agar dihapuskan ISA tetapi tiada pula cadangan yang lebih baik dari Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKT-Permatang Pauh) bila Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) mencelah berkata, beliau juga merupakan seorang bekas tahanan ISA dan amat jelas dengan akta tersebut, dan berkata lagi ''Sekiranya pihak pembangkang ingin membuat permintaan maka adakah wajar ia (permintaan) diikuti dengan cadangan. Kalau pembangkang meminta kerajaan hapuskan ISA... adakah pembangkang mempunyai cadangan untuk menyelamatkan negara ini," ujarnya.

6. Pertelagahan antara Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) bila Karpal meminta penjelasan daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung kedudukan Ibrahim yang digelarnya 'katak' bertanding atas tiket Pas pada pilihan raya lalu. Ibrahim membalas dengan mempersoalkan tindakan Karpal yang tetap duduk ketika mencelah pada sesi soal jawab Dewan. Mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan, ahli perlu berdiri ketika berucap, mencelah atau bertanyakan soalan tambahan.

Beginikah pemimpin yang kita pilih? Inikah yang boleh dijadikan teladan? Ibrahim menghina Karpal yang lumpuh akibat kemalangan? Karpal melabelkan Bung Mokhtar Bigfoot? Bung Mokhtar melabelkan Karpal Big Monkey? Malu saya menyaksikan pertelagahan ini secara live. Ini yang dimaksudkan pemimpin berjiwa besar? Pemimpin yang disegani?

Inilah satu petunjuk dimana imej institusi Parlimen semakin merosot dan membosankan.Dan yang paling penting, ianya merugikan masa semua orang!

skullsplitter

No comments: