14 April 2008 yang lalu DS Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan bahawa pakatan pembangkang mampu menubuhkan kerajaan baru bila-bila masa dari sekarang hingga 16 September 2008 (Hari Malaysia) setelah mendapat sokongan dari beberapa ahli parlimen BN yang bersedia untuk 'lompat parti'.
Kenyataan ini suatu kenyataan yang keras dari DS Anwar bahawa mereka mampu berbuat demikian cuma hanya menunggu masa yang sesuai kerana pergolakan dan huru-hara masih menghantui UMNO & BN dilihat sebagai bahaya dan tidak sesuai untuk perubahan kerajaan baru.
Adakah ini satu perang psikologi dari DS Anwar atau ianya benar-benar dimaksudkan? Kedua-duanya ada benarnya sekiranya dilihat dari pelbagai aspek.
Jika ini perang psikologi, ini merupakan taktik DS Anwar untuk memporak perandakan kerajaan sekarang kerana ternyata UMNO & BN cepat melatah dengan situasi yang tegang seperti ini.
Tapi jika ini benar-benar dimaksudkan, juga boleh dikatakan ianya impak yang besar dalam politik negara ini kerana seperti kita lihat komponen BN di Sabah kini sedikit goyang dengan kehadiran PKR disana. Tidak mustahil sekiranya ahli parlimen dari Sabah bersedia untuk lompat parti. Tidak kurangnya juga beberapa bekas pemimpin yang kalah pada pilihanraya baru-baru ini juga jika tidak kuat ikatannya dengan BN,tidak mustahil juga mereka boleh lompat parti.
'Tepuk Dada Tanyalah Selera' jika kemenangan dan kemasyhuran yang menjadi kepentingan sekarang, bukan lagi rasa cinta dan rasa bangga memperjuangkan parti sedia ada sekarang.
Hanya tunggu dan lihat..
Salam,
skullsplitter
No comments:
Post a Comment