Advertising

Monday, May 5, 2008

Kedaulatan Sultan Sedang Dicabuli!

















Sungguh biadap dan sungguh angkuh 2 pemimpin DAP ini!!

Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham yang mencabar titah Sultan Perak dengan mengeluarkan kenyataan bahawa sultan tidak berhak melantik semula pegawai kerajaan termasuk di Jabatan Agama Islam Perak (JAIP). Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun berkata, Pemuda UMNO memberi amaran kepada Karpal Singh supaya jangan mempertikaikan adat resam orang Melayu dan agama Islam.

''Kita akan pertahankan kedaulatan dan hak orang Melayu ini," katanya.

Beliau juga membidas Koo Ham kerana turut membuat kenyataan berbau perkauman yang meminta mana-mana pegawai kerajaan yang tidak berpuas hati dengan kerajaan baru supaya meletakkan jawatan.

''Kenyataan itu berbau perkauman kerana 80 peratus daripada pegawai kerajaan Perak adalah orang Melayu," katanya. - Utusan Malaysia


Wah! Amat biadap sekiranya kedaulatan sultan tidak langsung diambil kira. Terus terang disini timbul kemarahan kepada saya orang MELAYU yang tidak pernah rasakan perbezaan kaum yang ada dinegara ini sebagai ancaman kerana Malaysia sungguh aman dan tenteram, tetapi bila kedudukan dan kuasa sultan dipertikaikan, ini sungguh melampaui batas! Ada pula si gila berambut putih mempertikaikan Islam dan adat resam orang Melayu, sangat melampau sigila ini dan si celaka yang bercakap ikut sedap mulut mencabar kewibawaan Sultan dan orang Melayu. Si gila rambut putih dan si celaka mulut tong sampah, Ingat bahawa kedaulatan Sultan adalah sesuatu yang tidak pernah dimain-mainkan, adat resam Melayu juga tidak pernah dipertikaikan, rakyat Melayu masih bersabar, rakyat Melayu masih menerima masyarakat majmuk dinegara ini, jangan kerana 'Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga' dan 'Beringat Sebelum Terkena'

Kurangkan Cili, Kurang Pedasnya, Kurangkan Garam, Kurang Masinnya,

Kurangkan bercakap, Kuranglah Silapnya.


Salam,

skullsplitter



2 comments:

D_Dollah said...

Patut awak bagi komen yang sama kepada Shahidan Kassim & Geng serta Idris Jusoh & geng bila mereka ingkar kepada arahan Sultan! Idris Jusoh serta geng 21 orang patut dah lama dilucutkan hak kewarganegaraan mereka kerana mencaci Agung merangkap Sultan Terengganu. Beberapa MP dari UMNO patut dibuang pangkat Datuk mereka tu. Mula dengan Pak Lah sendiri! Nak bagi komen, bagilah komen seimbang. Jangan jadi barua UMNO!

Skullsplitter said...

Assalamualaikum Saudara.. Terima kasih sudi membaca dan terima kasih atas pandangan.