Advertising

Sunday, May 11, 2008

Kedaulatan Sultan Sedang Dicabuli! - II

Menjawab kemarahan seorang penulis bahawa saya tidak adil memberi komen, 'Barua UMNO' didalam penulisan saya, saya pamirkan contoh dibawah sebelum penerangan lebih lanjut..

'Baru sebulan lalu, para hulubalang di negeri sebelah Timur berdemonstrasi di hadapan istana. Membuka langkah menghantar memorandum tidak berpuas hati dengan Majlis Pemangku Raja. Watikah bantahan dihantar mempersoalkan tindakan majlis melantik bendahara negeri yang tidak diperkenan parti para hulubalang.

Di masa yang sama, puluhan perajurit memegang kain pemidang bertulis "Kami mahu Deris binatang!", "Kami sokong Deris sebagai bendahara", "Kami tak mahu Md Said". Banyak lagi kain pemidang yang ditayangkan di hadapan istana. Semuanya berunsur menghina dan menderhakai istana. - Harakah Daily'

Contoh diatas salah satu cerita tentang Idris Jusoh yang diterbitkan directly ke Harakah Daily dan boleh juga dilihat didlm beberapa blog, paper online yang lain yang bercerita tentang ini spt syeikh-takiri.blogspot.com, www.sabahforum.com, www.topix.com, mariasamad.blogspot.com, putrawangsa.com, izzahulfah.blogspot.com, dppkt.wordpress.com dll, dan semuanya menentang tetapi untuk mendengar & membaca tentang isu Karpal Singh dan Koo Ham ditentang? Ya.. Di malaysianbar.org, Utusan Malaysia dll yang dikatakan pro kerajaan.. Tapi bagaimana keadilannya pula blog, paper yang lain? Lihat dibawah..


"Dalam hal ini, maka kritikan Karpal terhadap tindakan Sultan Perak tidak semestinya tepat. Karpal mungkin silap dari segi perundangan tetapi adakah dia menghina Sultan?" soalnya.
PRM, tegas Hassan, percaya bahawa pihak-pihak tertentu tidak wajar dengan cepat menuduh seseorang itu menghina Sultan.
"Jika tanpa niat jahat tetapi demi kepentingan umum, seseorang itu perlu mempersoalkan sesuatu tindakan Sultan dari segi perundangan, maka ia tidak patut dianggap menghasut atau menghina. - Malaysiakini


Masih lagi di cover oleh pihak tertentu? Erm.. bilamana kerajaan seperti itu? Runtuh dunia mempertikaikan? Walhal yang menghina tidak pun menghiraukan 'Sultan Berpelembagaan', tetapi kenapa masih diberi kebebasan? Kerana dari Pakatan Rakyat? So, dimana keadilan? Salahkah saya menulis untuk menyeimbangi situasi ini? Ermm.. Mungkin salah kerana saya dilihat sebagai barua UMNO.. Ermm.. Terima Kasih untuk itu..

Al-Quran mengatakan, "Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi karena Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapak dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemashlahatannya." An-Nisa' 135

Salam,

skullsplitter

No comments: