Aku tersentak bila membaca sebuah blog dimana peperangan pendapat ttg PRU12 baru-baru ini.. Sememangnya semua dari dari golongan yang boleh aku labelkan 'manusia yang diberi akal, dicipta dilandasan Agama yang diredhai, tapi gagal memanfaatkannya'. Terhamburnya kata-kata yang kurang senang diteliti,dibacai dan menyemak pandangan anak mata seorang Islam dan Melayu seperti aku... Terfikir aku sejenak tentang 'kekurangan cerdiknya' bangsa kita yang sering ditertawa ditanah sendiri oleh mereka yang hanya menumpang tempat berteduh,berpijak dan merasai nikmat ditanahair kita. Sedih bila memikirkannya..
Aku hanya merasakan perbalahan yang berpanjangan ini bermula bila kita dipermainkan oleh arena politik ditanahair sendiri. Bila sesama kita bergaduh,memaki hamun sesama sendiri.. Apa untungnya kita? Apa untungnya mereka yang hanya menumpang? Mungkin lebih kepada mereka bila kita berbalah sesama kita.. Seperti peribahasa 'Anak dirumah kelaparan, Kera dihutan disusukan'.. Kita lapar kepada nikmat ditanah sendiri.. Mereka bergembira menikmatinya lebih dari kita, bangsa kita sendiri.. Kini kita menyokong mereka kerana kononnya mereka memberikan lebih manfaat dan kelebihan kepada kita.. Benarkah itu yang mereka fikirkan? Atau sebaliknya? Cukupkah perisai kita untuk menampung serangan bila mereka mula berkuasa seperti di sebuah negeri yang totally di conquer oleh mereka? Pernahkah terfikir dibenak fikiran kita?
'Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja, Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir, Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir' -Hamka
Adab, budi pekerti & akal membentuk kemerdekaan kita berfikir lebih baik dan bak kata Tun sendiri..
'Melayu Mudah Lupa' - Tun Mahathir Mohamad
'Kita lupa dimana kita, kita lupa siapa kita, kita lupa maruah kita, kita lupa bangsa kita, kita lupa memerdekakan bangsa kita, kita lupa dimana adab dan susila kita, kita lupa kemuliaan kita, kita lupa ketuanan kita, kita lupa generasi kita, kita lupa dimana letaknya cinta sesama kita, kita lupa pesanan Rasul kita... Apa yang kita tahu? Hanya membabi buta.. Hanya berjuang untuk kemeriahan pentas sendiri.. Hanya mengakui kita dilandasan yang benar.. tapi lupalah kita asalnya kita dari satu agama yang benar, yang tidak membenarkan perbalahan sesama kita, yang mahukan umatnya bersatu.. Sedarkah kita? Benar kita berjuang ke titisan darah terakhir? TIDAK!' "Perjuangan kita belum selesai"
6 comments:
manusia takut untuk bersatu kerana takut untuk membuang diri mereka agar boleh duduk diatas gelombang yang sama
Teguh pohon kerana akarnya
Teguh manusia kerana bersatunya
Bulat Air kerana Pembentungnya
Bulat manusia kerana muafakatnya
Jangan jadi enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing
Jadilah aur... dengan adanya semangat kerjasama aur, maka kukuhlah tebing...
kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai
-freeflow-
pisang takkan berbuah dua kali
RGkids
Sejarah, sejarah. Hari ini sejarah diletakkan di belakang.
Kesian kan?Isk2.Melayu tak kan hilang kalau tak melayu yg khianati bangsa sendiri.Org lain tu asbab je. :)
Post a Comment