Advertising

Tuesday, March 11, 2008

Kerajaan Baru Di Perak,Penang & Selangor

Tamatnya pilihanraya, poster, banner dan bendera diturunkan. Kerajaan baru disetiap negeri ditubuhkan. Naiknya nama-nama baru dalam arena politik dinegara kita. Cuma kini timbul pula masalah dan kekecohan dalam memilih pucuk pimpinan tertinggi didalam kerajaan negeri.

Muka hadapan Harian Metro hari ini tertulis 'Titah menghadap' dimana Sultan Selangor menitahkan wakil DAP & Pas mengadap baginda di istana sebelum memperkenankan penubuhan kerajaan negeri yang baru. Ura-ura menyatakan calon PKR merangkap Setiausaha Agung PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal menyandang jawatan Menteri besar yang baru.

Di Perak, keadaan sedikit tegang dimana pemilihan Menteri Besar baru negeri Perak akan ditentukan oleh Sultan Perak sendiri selepas tiada kesepakatan dalam memilih diantara parti DAP, PAS dan PKR. Kini semua rakyat negeri Perak hanya melihat pergolakan yang serius kerana setiap parti mahukan wakil mereka ditabalkan sebagai Menteri Besar dan menanti keputusan dari Sultan sendiri. 'Tiada kata sepakat dalam memilih kepimpinan selepas pilihanraya tapi bersatu ketika pilihanraya'. Amat pelik dan jelik melihat perkara sedemikian berlaku sehingga meletakkan keputusan ditangan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Malu sebagai rakyat untuk melihat kepimpinan yang bergolak seperti ini.

Di Penang, Ketua Menteri tidak dinafikan lagi tentunya dari calon DAP. Menang majoriti di Parlimen dan Adun menjadikan mereka berkuasa untuk mentadbir. Bukan bersifat perkauman atau cuba menjadikan sesuatu lebih buruk.. Persoalannya adakah calon melayu dari PAS, PKR mahupun BN sendiri yang menang dikawasan mereka akan dilantik didlm organisasi tertinggi? Kita lihatlah nanti.. Mungkin Pulau Pinang akan jadi Singapura? Ermm.. Cuma mentafsir.

'Setiap kata yang indah,setiap janji yang dimeterai,setiap langkah yang diatur... Ada tersirat agenda lebih menguntungkan disebaliknya..Renungkanlah' - Skullsplitter

2 comments:

PANGASIUS said...

hehehehe bila nak lepak, malam esok ada diskusi mau pi ka?

Skullsplitter said...

Boleh.. Kat mana tu diskusi?