Advertising

Saturday, February 2, 2008

SAVE DARFUR

SELAMATKAN DARFUR

Krisis ini merupakan satu krisis yang besar yang kurang mendapat perhatian dari masyarakat dunia. Krisis yang berpanjangan ini menjadi antara krisis yang melibatkan pertumpahan dan angka korban yang besar, kononnya berlaku pembersihan etnik antara umat islam Arab dan Afrika.

Kekacauan politik yang berlaku di Sudan semakin meruncing sejak beberapa tahun yang lalu. Tumpuan kali ini adalah di sebelah barat Sudan, iaitu Darfur. Di sebelah selatan, Sudan masih bergelut memadamkan ancaman South People Liberation Army ( SPLA). Jadi, pada ketika ini, kerajaan Sudan sedang menghadapi dua kekacauan yang berat, satu di sebelah barat dan satu lagi di wilayah selatan.

Sebagai sebuah negara yang terbesar di benua Afrika, Sudan mempunyai jumlah penduduk yang majoritinya adalah beragama Islam iaitu mewakili sebanyak 75%. Selebihnya adalah beragama Kristien. Daripada 75% yang beragama Islam itu, mereka terbahagi pula kepada yang berketurunan Arab dan Afrika. Ramai yang mendakwa bahawa krisis di Darfur adalah suatu pembersihan etnik. Dakwaan ini dibuat berdasarkan sasaran serangan adalah ke atas perkampungan masyarakat Islam keturunan Afrika. Itulah yang didakwa menyebabkan ramai penduduk-penduduk Islam yang berketurunan Afrika melarikan diri daripada kampung halaman dan menjadi pelarian. Seramai 1.2 juta dilaporkan telah menjadi pelarian. Lebih 50,000 orang telah menjadi korban berdasarkan laporan pada November 2004.

Puak yang didakwa melakukan ‘pembersihan etnik’ itu, iaitu Militan Arab Janjaweed, dikatakan mendapat sokongan dana dan senjata daripada kerajaan Sudan.
Analisis-analisis yang mendakwa kekacauan yang sedang berlaku di Darfur adalah berpunca daripada operasi pembersihan etnik oleh Arab Janjaweed adalah tidak tepat. Ini adalah kerana, rakyat Sudan semuanya mempunyai warna kulit yang sama dan pergaulan serta kahwin campur di antara yang umat Islam yang berketurunan Afrika dan Arab telah menjadi kebiasaan dan meluas. Hanya adat-adat tertentu sahaja yang membezakan di antara orang-orang Islam keturunan Afrika dan Arab. Ini diakui sendiri oleh Menteri Luar Negeri Sudan ketika itu, Muhammad Najib El Khair. Beliau mengatakan : “Keadaan di Darfur bukan satu pembersihan etnik atau pembunuhan beramai-ramai, ianya semata-mata berpunca daripada perebutan sumber bumi” [Bashir Sets Up Panel to Probe Human Rights Abuses in Darfur, News Article by PANA, 9/5/2004] Sebenarnya terdapat hujah yang menunjukkan tanda-tanda campurtangan US di dalam kekacauan di Darfur .

Puncak konflik Darfur meningkat pada Februari 2003 selepas dua kumpulan bersenjata – Tentera Pembebasan Sudan dan Pergerakan Keadilan – mula berperang dan menyerang kawasan pekan, pejabat kerajaan dan orang awam. Keadaan menjadi tidak terkawal dan mencetuskan krisis pembunuhan dan pelarian ke negara jiran.Negara jiran seperti Eriteria dan Chad bukan saja memberi bantuan bahkan membenarkan negara mereka menjadi pangkalan utama kumpulan pemberontak. Kini Eriteria memainkan peranan positif untuk menghasilkan perjanjian damai di Darfur.

Kekacauan di Darfur mungkin bermula akibat ketegangan pada tahun 1970-an (yang berpunca daripada dakwaan kumpulan penentang yang mengatakan kerajaan Sudan menyisihkan wilayah Darfur dari sudut pembangunan ekonomi) tetapi ia menjadi tidak terkawal apabila ada pihak luar yang turut campur tangan.

Campurtangan US menerusi pertubuhan agensi PBB seperti UNHCR dan Amnesti International, US telah berusaha untuk memaksa puak-puak yang bertelagah di Darfur agar menerima kehadiran pasukan PBB untuk memelihara kepentingan orang-orang awam dan pelarian. Kenyataan daripada pemimpin Nancy Pelosi ( US House Democratic Minority Leader) , Carlifornia: “Kita mesti bertindak sekarang untuk mengelakkan lebih banyak pembunuhan jika tidak mahu melihat tragedi Rwanda berulang semula. Ini adalah situasi kecemasan. Kita mempunyai kewajipan yang sah untuk bertindak di bawah undang-undang antarabangsa”
Donald Payne, wakil parti Demokrat dari New Jersey ketika itu pula berkata: “Kita menggesa Setiausaha pertahanan, Colin Powell untuk menyokong campurtangan segera bagi menghentikan pembunuhan-pembunuhan itu, jika tidak berjuta-juta orang akan terbunuh pada akhir tahun nanti”

Campurtangan US telah pun bertapak di wilayah selatan Sudan. US telah terbukti membekalkan senjata dan dana kepada SPLA di dalam menjalankan misi keganasannya. Pada 1999, Madeline Albright, wakil US telah menemui John Garang, pemimpin SPLA ketika itu, untuk membincangkan bantuan kemanusiaan. Bukankah sudah memadai perbincangan di peringkat pemerintah Sudan , mengapa harus menemui John Garang?

Konflik Darfur melibatkan lebih 200,000 nyawa terbunuh manakala 2.5 juta lagi menjadi pelarian .

Kekacauan di Darfur ( barat Sudan) dilihat sebagai batu loncatan kepada US untuk masuk ke wilayah tersebut untuk meraih potensi kekayaan alam di situ di samping dapat mengekalkan pengaruhnya secara berterusan di wilayah selatan Sudan .

No comments: