Advertising

Monday, February 25, 2008

Pilihanraya Malaysia Ke-12





Pilihanraya 2008

Antara 3 pemimpin Parti Besar didalam Pilihanraya 2008 kali ini. Parti Barisan Nasional diterajui oleh 'Pak Lah' dari UMNO, Parti Islam Semalaysia diterajui Tuk Guru Nik Aziz dan Parti Keadilan diterajui Anwar Ibrahim.

Sedikit pengetahuan tentang Parti-Parti Besar ini.

Barisan Nasional adalah salah sebuah daripada parti politik Malaysia. Barisan Nasional adalah suatu parti campuran kerana ia terdiri daripada gabungan pelbagai parti, oleh itu dapatlah dikatakan bahawa Barisan Nasional adalah satu parti yang tidak mempunyai ahli berdaftar, sebaliknya mempunyai parti komponen.

Parti Islam Se-Malaysia (juga PAS) adalah sebuah parti pergerakan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden parti, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang. PAS cuba mengimbangi perjuangan nasionalisme UMNO sebagai sebuah parti yang mendokong Islam. Dengan tidak menafikan bahawa semangat perjuangan yang berteraskan kepada Islam di negara ini telahpun wujud semenjak tahun 1906 lagi, yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha) yang berpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang, PAS yang muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu (pada waktu itu) untuk melihat Islam dapat ditegak dan didaulatkan di negara ini.

Parti Keadilan Rakyat adalah parti yang diasaskan oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail membawa agenda keadilan sosial dan penghapusan rasuah, ketidaktelusan & ketidakadilan dalam kerajaan memerintah. Parti ini juga membawa agenda untuk menghapuskan @ memansuhkan polisi Ekonomi Baru dengan menggantikan ia dengan penekanan kepada pembasmian kemiskinan. Selain itu mereka jua membawa agenda untuk membetulkan ketidakseimbangan dalam ekonomi negara.

Pilihanraya 2008 Yang Ke-12 (8 Mac 2008)

Walaupun 2007 berlalu tanpa menyaksikan pilihan raya umum ke-12, masih banyak adegan politik yang menarik dan berwarna-warni sifatnya dapat dirakamkan sepanjang tahun tersebut. Di samping menyuntik keinsafan buat diri bahawa baki usia kian pendek, tahun baru 2008 diramal menghidangkan pelbagai episod siasah yang lebih mendebarkan lagi.
Pastinya setiap parti-parti politik yang bakal bertanding mendakwa sudah bersedia menghadapi suara dan pilihan rakyat walaupun persiapan itu belum dapat ditingkatkan sepenuhnya. Semua akur bahawa tidak mudah buat parti-parti pembangkang menyusun gerak dan memperlengkapkan jentera untuk berdepan kerajaan Barisan Nasional.

Marilah kita jalankan tanggunjawab kita untuk memilih Kerajaan yang akan memerintah negara kita sebaik mungkin. Lihatlah dari pelbagai aspek dan berfikirlah sebelum mengundi. Siapa yang memberi keseimbangan dalam memerintah negara, keseimbangan beragama, keseimbangan dalam ekonomi, keseimbangan arus kemodenan dan agama yang bergerak sejajar untuk akhirat dan dunia. Mari mengundi. Semuanya terletak ditangan kita!




2 comments:

Anonymous said...

Habis lu pangkah sapa?!

Skullsplitter said...

Sesiapa je yang mampu bg negara aku maju dari aspek dunia dan akhirat.. Lu dah mendaftar?