Advertising

Tuesday, February 12, 2008

11/02/08 My Whole Life Part 3

Selepas tamatnya zaman persekolahan, aku kembali ke pangkuan keluarga setelah beberapa tahun merantau sementara menunggu keputusan SPM..

Kekesalan yang lepas masih belum padam dalam hidup aku, aku tekad dalam masa beberapa bulan ni aku cuba untuk baiki diri aku, aku bekerja. Aku mula membantu kerja-kerja abah dalam bidang construction, apa saja aku lakukan untuk tebus kesalahan aku pada mereka. Sebelah malamnya aku berniaga burger untuk duit sampingan. Dalam masa yang sama aku cuba berniaga cara berbeza, aku mencuba nasib membuat design baju untuk sekolah-sekolah disana. Alhamdulillah.. lumayan. Selama 6 bulan aku mencuba nasib dlm semua benda, cuba untuk berdikari.. Waktu ini.. Tiada sesiapa pun yang istimewa dalam hidup aku.. Aku hanya pandang pada masa depan aku.. Akhirnya aku diterima masuk ke Universiti Tenaga Nasional dlm jurusan Kejuruteraan Elektrik. Tak dapat aku bayangkan betapa gembira kedua ibubapa aku pada waktu itu..

1 comment:

Honeydy Love said...

setiap org tidak boleh lari membuat kesilapan... kerana tiada siapa yang sempurna...

Tidak masih terlambat untuk kita menyedari dan memperbetulkan apa yang tidak.

tanpa melukakan sesiapa lagi kerana kita akan mengulangi kesilapan yang sama..