Advertising

Tuesday, September 9, 2008

Mana Pergi Ketelusan dan Keadilan?

Episode 1
Ucapan Irene Fernandez, Ahli Majlis Tertinggi PKR pada satu majlis sambutan Hari Krismas di Klang pada 27 Disember 2007. Irene mempersoalkan mengapa kalimah "Allah" tidak boleh digunakan dalam gereja-gereja di Malaysia. Kebetulan Anwar Ibrahim juga hadir sama dalam majlis tersebut dan mendengar ucapan Irene tersebut.

Taken from Angin Perubahan

Episode 2
Teresa Kok bersama dengan sekumpulan penyokong DAP telah membantah cadangan DBKL untuk menulis nama jalan-jalan di Kuala Lumpur dengan tulisan Bahasa Malaysia dan Jawi pada 14 Februari 2008

Taken from Angin Perubahan

Episode 3
Datuk Abdul Rashid Abdullah berkata ‘orang Cina adalah menumpang' dalam ceramah di Permatang Pauh.

..........................................................
Episode 1 & 2 tidak pernah dipertikai. Isu Agama.
Episode 3 dipertikai. Isu kaum. Diminta memohon maaf.

Mana ketelusan dan keadilan? Isu Agama dibiarkan. Isu bangsa dihebohkan.
Mana pergi maruah kita? Kita dijajah semula?

Ini namanya keadilan?

Salam
skullsplitter
*Shh.. Watch your step.. Kasih sleep...

Tak mampu dah..

Tah dah berapa kali maaf aku sebut sepanjang hidup ni.
Dah expired perkataan tu dari mulut aku. Dah tk mampu nk lontar.

Perkataan mudah. Maaf. Tapi sukar. Sbb aku tk faham hakikat perkataan tu.
Entah bila aku nk faham.

Inikan perkataan. Diri dan orang lain? Huh!
Langsung aku blur! Cemana nk faham. Tak mampu aku.

Esoklah aku fikirkan. Bila tenteram jiwa dan hati. Erm. Tangguh lagi.
Itulah aku.

Aku dah merepek. 300am dah. Patut la.

Tido. Anwar pun tido walaupun 8 hari lagi nk jadi PM. Beranganlah.

Selamat malam semua.
Aku mohon maaf. Makasih.

Salam
skullsplitter
*Kasih. Sorry.

Mana Hilangnya Aku?

Kemana ek? Aku pun dah tk tau! Penat aku perah setiap memori yang masih ada.

Masih belum tahu mana silapnya! Atau mungkin aku yang menafikan. Aku semakin jauh dari mengenali diri. Tiada lagi petanda yang memberi jalan untuk aku berpatah semula.

Aku leka? Mungkin!
Aku lupa pada siapa seharusnya. Aku terus leka. Terus meminta-minta! Bilalah aku mampu faham diri dan mereka? Makin banyak aku bersuara, makin menjadi-jadi silapnya.
Mungkin terkena penangan Pak Lah mahupun Anwar Ibrahim. Tersilap langkah! Walaupun Khairy Jamaludin cuba membetulkan laluan, rakyat masih mengaburi laluan itu. Macam tu kot aku!

Buat ini silap, buat itu silap! Bila la nak berada di track yang betul? Orang race Merdeka Endurance di Sepang, aku tersilap masuk kelaluan F1 Singapore. Oh! Mungkin gelap kerna malam hari, jadi aku tersalah track. Apa yang gelap? Hati aku ni la. Aduh!

Aku tak boleh leka lagi! Aku mesti kembali pada asalnya. Titik permulaan. Tapi bila? Erm. Anwar letak 16 September untuk jadi PM, jadi aku pilih date tu la. Tapi, lambat pulak aku nk bertindak! Dah tolol ke aku ni.

Aku harus kembali pada asalnya! Aku, cuba tak meminta lagi! Aku cuba faham diri dan mereka!
Doakan aku. Kejayaan aku. Bukan tolong niat posa aku esok! Aku dah niat sebulan.

*Aku jahat yang sedang kembali. Kembali pada yang lebih baik. Asalnya itu!
Fitrah. InsyaAllah.


Salam
skullsplitter


Thursday, September 4, 2008

Aku lupa.. Mana harusnya..

Malu pada setiap inci susuk tubuh ini.

Aku meminta lebih dari seharusnya aku terima.
Ada yang berkata lebih baik kayanya ilmu dari harta.

Yang pasti, aku tiada keduanya. Ada akal, tiada gunanya.
Tidak tahu mana mulanya.

Harta? Jauh sekali. Ini sahaja mampunya aku.

Tapi makhluk seperti aku juga tidak kenal erti syukur?
Entah. Aku buntu dengan bayang sendiri.
Bayang yang mengekori setiap hari, sudahnya.. masih samar.

Setiap detik, mulanya hidup aku yang baru.
Tapi, tiada ubahnya. Langsung kembali seperti azali.

Kembali pada rayu & pinta menagih sesuatu untuk kepuasan diri.
Tapi, sikit pun tidak wujud rasa puas. Entah mana hilangnya rasa itu.

Tapi aku yakin ada sedikit ruang Dia sediakan buat aku.
Mungkin belum dikosongkan ruang itu untuk aku.
Detik ini, Dia tetapkan aku baiki diri.

Lari dari menagih pada yang lain. Hanya pada Dia.
Aku terima itu. Puaskan diri hanya apa yang ada.
Hulurkan, tanpa harapan dibalikkan semula.

Aku cuba.
Pada Dia aku harapkan. Hakiki. Satu tiada dua.
Kembali pada fitrah. Itu harusnya.


Salam
skullsplitter

Wednesday, September 3, 2008

Rokok oh Rokok!


Harga minyak mungkin turun lagi, harga rokok akan meningkat dari tahun ketahun.

Erm. Cukup simbolik bagi penagih tegar rokok.

Mungkinkah ini saranan untuk berhenti.

Mesti la..

Erm. Tiada lagi azam nk berhenti.

Bilalah ye. Erm. InsyaAllah.

*Terasa plak ngan gambar diatas. Aduh.. Pedih.

Salam
skullsplitter

Tuesday, September 2, 2008

Thanks!

While watching the DVD, Platoon on Sunday night (31 August 2008), I had my 1,000 hit! I never expected to come anywhere close to reaching a number like that…thanks to all who have spent time here!

“Thanks, To Everyone Who Has Visited This Blog!”

Especially to my dear and all my friends (Blogger)! Thanks guys!

Salam
skullsplitter
* =) Kasih!

Monday, September 1, 2008

Ramadhan Ini

Kedatangan bulan yang penuh bermakna buat umat Islam diseluruh dunia. Bulan penuh keberkatan, iaitu bulan Ramadhan Al Mubarak. Umat Islam berpuasa disiang hari diselangi amalan ibadah.

Ibadat puasa adalah peluang terbaik untuk membentuk keperibadian diri cemerlang baik dari segi kerohanian mahupun aspek kesihatan fizikal. Keagungan ibadat puasa dapat diperhatikan dengan memahami fadilat dan hikmah pensyariatan ibadat mulia ini.

Puasa membentuk insan bertakwa. Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman. Kamu semua diwajibkan berpuasa seperti diwajibkan ke atas orang terdahulu daripada kamu supaya kamu semua bertakwa." (Surah al-Baqarah, ayat 183)

Makna takwa adalah mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Berpuasa bukan sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi berpuasa dalam erti kata sebenar termasuk mengerjakan segala kewajipan dan meninggalkan segala larangan seperti mengumpat, berbohong, tidak melaga-lagakan sesama umat dan tidak berniaga secara haram.

Orang berpuasa juga dianugerahkan kedudukan tinggi di sisi Allah yang mana mereka tergolong di kalangan para shiddiqin (orang yang benar) dan syuhada (golongan syahid).

'Amr bin Murrah al-Juhani berkata: "Seorang lelaki datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Ya Rasulullah. Menurut pendapatmu, aku tergolong dalam golongan mana jika ada bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, engkau adalah Rasulullah, aku solat lima waktu, aku tunaikan zakat, aku berpuasa pada Ramadan dan solat tarawih pada malam harinya? Baginda menjawab: Golongan shiddiqin dan syuhada." (Hadis riwayat Ibn Hibban)

Ganjaran pahala untuk ibadat puasa ini ditetapkan oleh Allah tanpa batasan. Dia berhak memberi seberapa banyak ganjaran kepada hamba-Nya menurut kehendak-Nya. Oleh itu, setiap individu perlu merebut peluang itu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Setiap amal kebaikan Bani Adam pahalanya (ditulis oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang memberi pahala puasanya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Ternyata ganjaran pahala daripada Allah tiada tolok bandingnya untuk hamba yang mengerjakan ibadat puasa. Oleh itu, kerjakanlah dengan penuh keikhlasan dan kesempurnaan. Semoga kita mencapai ganjaran paling maksimum melaluinya.

InsyaAllah
Alhamdulillah masih diberi peluang menunaikan tanggungjawab ini.

Salam
skullsplitter
*Kasih. Thanks!